Sunday 30 September 2012

APAKAHH ?????




Assalamualaikum 








Haaaa tatap la puas2 , haha . 

Apa korang nak buat kalau jumpa orang pakai macam ni ye ? baik bogel je kak oiii

memalukan okey ! 

KESAKITAN PADA MALAM PERTAMA


Assalamualaikum 




Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”





ps : hahah ,hilangkan bosan ye 

Alhamdulilah rezeki


Assalamualaikum 



Alhamdulilah rezeki sentiasa ada untuk diri sendiri :) 

bila dah kerja ni mesti boleh beli macam-2 kan , leh bagi mak ayah duit .

ai pulak jenis dah keje tak reti nak mintak ayah duit . tapi mak bagi je . hehe 

sebenarnya nak cite pasal fon ni , sebelum ni pakai galaxy y je , 

selalu hang je , and naik fedup . huhu





yg bestnye fon ni kecik senang nk letak mane2 :D





fikir punya fikir tak tahu nak beli fon apa , plan nak beli sony ericson tapi tah laa ,

da sampai kedai minta galaxy tab 2 . 







mine :)




Ada sape2 tak yang guna sama dengan ai ?

sila tinggalkan komen kalau nak share apa-2 ye ?

thanks :)









Saturday 29 September 2012

Lampu Cantik & Kreatif


Assalamualaikum


Haaa , pelik ke ngn tajuk entry tu ? hehe ai nak kongsi satu

cara nak buat lampu yg cantik , kreatid dannn yg penting tak kuar banyal modal pun

korang boleh try sendiri ye , cuma ikot arahan je !







okey nampak tak ? cantik kan ? 





mesti korang tak pernah terpikir pun nak buat mcm ni , hehe

so sekarang sapa yg rajin tu boleh buat okey ! 

korang cuma perlukan 1 botol air besar , sudu plastik dan lampu je !


jom try !



Segmen : FOLOW DAN FOLOW


Assalamualaikum 


Waahhh memang musim SEGMEN ke sekarang ni ? ai pun kaki join je ni :D

okey now nak join segmen akk cntek ni pulak 

jommm cepat2 sebelum tarikh tutup xtaw bila :P






nak tahu lebih lanjut sila klik http://www.qaleshyaumairah.com/


jangan lupa folow blog ai sekali !

SEGMEN : BlogWalking Tergempak !


Assalamualaikum 



Okey sekarang jom join segmen blog nabila biela pulak yew :)









kalau nak tahu lebih lanjut sila folow blog dia 


terima kasih :)

Jom Join GiveAway !



Assalamualaikum 



Jom kite join GiveAway dari kakak Degil . hehe 







kalau korang nak join jugak jom folow blog kakak degil



thanks :)



MIMPI


Assalamualaikum


Ramai orang tua cakap mimpi ni kadang-2 mainan tidur je , tapi kenapa da beberapa hari ini ai selalu mimpi 
buruk , means , macam ada yang nak kenakan ai , ya allah , macam2 rasa . takut sampai terpikir2 apa
sebenarnya petanda yg ai dapat nanti ? 







Mimpi pertama ai di datangi ular hitam yg kecik , tibe2 datang ke arah ai sedangkan orang lain mencarinya untuk di tangkap dan rasa ular tu ada je dalam bilik sendiri . 


Mimpi kedua , ade SOMEONE datang  rumah ai semata-mata ada niat jahat dekat ai dan yg paling ai risau 
orang tu ai kenal dan ada pertalian sedara , apa sebenarnya ye ?


Mimpi ke tiga , SOMEONE tu muncul lagi dannnn yang paling menakutkan yela , dia cuba untuk pisahkan ai dengan boyfriend . ya allah , memang minta di jauhkan yang tu .


Mimpi yg terakhir ai kene patuk ular besar , tapi ai sempat sepak dia . mak cakap biasa mimpi kena patuk ular ni orang nak datang meminangkan ? tapi kenapa mimpi tu menakutkan ? hari2 pkir .


ya allah , kau jauhkan la segala keburukkan dari hidupku , dari orang2 yg aku sayang . amin




Thursday 27 September 2012

Gadis Bermimpi Bertemu Ibu Di Neraka



Assalamualaikum 









Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya, “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya:
“Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini,” balas gadis tadi.
“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku,” Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
“Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.
Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.” 




semoga allah s.w.t mengampuni dosa-dosa hambanya . amin ya rob






Monday 24 September 2012

" SEGMENT : SAYA NAK RAMAI KAWAN BLOG "

Assalamualaikum 















jom2 join segment ni , korang boleh join dekat blog http://aindzaya.blogspot.com 

dannnnn , jangan lupa folow sekali okey !!! 








Friday 21 September 2012

PROUD OF YOU !

Assalamualaikum 


Woowww and woowww !! tahniah kepada artis malaysia kita shila amzah kerana

di umumkan sebagai juara pertandingan asian wave . Dan terus mengharumkan nama 

MALAYSIA !!!  owhh terasa bangga sangat dengan pencapaian dia 





Cantekkan dia ? love your voice 



Siapa-siapa yang belum tengok lagi jom layan video ni , best okey !

shila nyanyi lagu cina :)










terharu je bila dia pelok ayah dia , berbaloi sangat2 usaha dia kan :)

congratez shila !!!

Saturday 15 September 2012

SHARING IS CARING

Assalamualaikum


okey sekarang nak share make-up tutorial pulak

sapa2 yang minat make-up and yg rajin make-up boleh folow ye 

jom tengok tutorial !




1 . BLACK SMOKEY EYE 





2 . PURPLE SMOKEY EYE





3. PURPLE SMOKEY EYE - STEP 2





4. RAINBOW EYESHADOW





5. WIGED EYE




6. EYELINER - EYECAT





7. GOLD - GREEN




jom cuba . selamat mencuba :)

ehhh2 , kenapa ? ala jangan la tengok mcm tu !!!!

Assalamualaikum 


haaaa , mesti pelik kan dengan tajuk entry kali ni . bukan apa nak story morry siket lahhh

last month ai ada pergi melaka jalan2 , tapi start je masuk and time jalan 

dah pelik sebab orang semua tengok lain macam 

muka ni dah buat muka benggang la sebab malu lah orang tengok kita atas bawah kan ? 

Lepas tu mule lah cari apa benda la orang dok tengok , dah pergi toilet banyak kali

tapi okey je tak ada pulak yg tak kena . 

Pikir punya pikir , diorang pelik kot ai ni dok pakai baju warne warni sangat , haha

Tapi tak ada lah WARNE WARNI mana pun , biasa je ai tengok , korang nak tengok ?




haaa , biasa kan ? normal kan ?



Baru terpikir mungkin ada lagi orang yg belum sedar perubahan fashion sekarang ni

yela dulu biasa keluar pakai baju daripada atas ke bawah satu colour je kan ?

tapi sekarang dah lain la pakcik , makcik adik abang oiii .

jangan la pelik dengan perubahan zaman sekarang 

ai rasa lagi cantik kalau pakai warna warni mcm n sebab nampak ceria je kan 

itu pendapat ai lah , haaa korang mcm mane pulak ?


kalau rajin share pendapat ye :))

thanks yayang semua 

Friday 14 September 2012

CERPEN : Indahnya Cinta Selepas Berkahwin

Asslamualaikum


Nak share satu cerpen dengan korang , seronok je bila baca :)


jom join !



SUBHANALLAH..Indahnya bercinta selepas berkahwin ^_^
♥ Bila Sudah Tertulis, Kau Tetap Jodohku ♥


Abang nak dengar cerita tak?" Soal Zahra, isteriku yang baru beberapa hari kunikahi. Lembut dan lunak sekali suaranya.
Ketika itu aku sedang menghadam kitab Usul Fiqh tulisan Syekh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan. Ulama kelahiran Iraq yang tekun mendidik dan berdakwah di Yaman. Beliau terkenal dengan kealimannya dalam bidang Fiqh dan Usul serta Dakwah.
Sengaja aku meneruskan bacaan. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.
"Abang, nak dengar tak cerita saya. Emm...tak pelah." Dia mencebik muka.
Itulah yang aku tunggu. Lantasku tutup kitab fiqh dan aku letakkan di atas meja kecil disisi sofa. Aku bangun melangkah dan mendekati isteriku yang sedang duduk bersimpuh di atas lantai beralaskan permaidani berona coklat. Aku memilih kedudukan betul-betul dihadapannya. Mata kami bercantum empat. Pandangan kami menyatu. Perlahan-lahan ku hulurkan kedua tangan, dan ku pegang pipinya. Lalu ku dekatkan bibir ke wajahnya. Dia menutup mata. Kemudian... tangan nakal ku mencubit lembut hidungnya.

"Haa! haa..!" Aku pantas bangkit dan melarikan diri.
"Abang!" Zahra cukup geram dengan perbuatanku tadi. Dia terus bingkas dan mengejar-ngejar aku dibelakang.
Suasana menjadi riuh dengan suara gelak dan tawa kami. Gelagat kami seakan-anak anak kecil yang sedang bermain kejar-kejaran. Mujurlah kami belum punya cahaya mata. Kalau tidak pasti mereka merasa pelik melihat gelagat kami yang seperti mengalahkan mereka ini. Melihat keadaan isteri yang semakin letih, aku tidak betah untuk terus berlari. Sengaja ku beralah. Pantas sahaja dia menangkap tubuhku, lalu melancarkan serangan. Berkali-kali.
"Sayang! Abang cubit sekali je tadi," ujarku cuba membela diri sambil ketawa.
"Ah. Tak kiralah abang yang mula dulu. Sekarang terimalah balasannya." Zahra sehabis mungkin mengenakanku kembali. Habis tubuhku dicubitnya manja. Dia mengilai riang, kemenangan. Aku tidak bisa berbuat apa-apa lagi, hanya mampu redha dengan kemenangan Zahra. Seraya itu, ku perhatikan tingkahnya. Suaranya. Gelak tawanya. Manja dan menawan hati. Dia benar-benar mampu mengubat hatiku, aku benar-benar gembira dan bersyukur pada Allah kerana dijodohkan dengan wanita semulia dan secantik Zahra. Terima kasih Allah!
Dalam kegembiraan dia mencubitku, dengan pantasku tangkap serangan terakhirnya. Aku pegang kedua tangannya. Zahra terdiam kaku. Aku pandang tepat ke wajahnya. Sedikit titik air terlihat dikelopak matanya. Aku sekat air mata bahagia itu dengan jari jemariku. Perlahan-lahanku kucup ubun-ubunnya, lembut dan kurangkul tubuhnya erat dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang yang dibina kerana Allah. Aku bahagia, dan ku pasti dia juga turut merasai kebahagiaan ini. 
"Abang ni, sampai hati kenakan Zahra tau!" Dia pura-pura merajuk dan membulatkan matanya, walaupun begitu tetap terpancar rona-rona keceriaan disebalik rajukan yang dibuat-buat itu.

"Sekali-sekala abang nak bergurau dengan Zahra, seronok juga kan." Selorohku sambil ketawa kecil.
Aku memimpin Zahra dan membawanya ke arah kerusi yang terletak di balkoni. Daripada balkoni itu, kami dapat menikmati angin bayu yang begitu mendamaikan kerana balkoni tersebut benar-benar menghadap pantai. Aku selesa disini bersama isteriku yang tercinta. Kami masing-masing mendiamkan diri, menikmati kedinginan malam dan keindahan bulan di langit. Butir-butir bintang berkelip indah, bukti kekuasaan Yang Maha Esa. Beberapa ketika selepas itu, aku memperbetulkan kedudukan ku diatas kerusi dan merebahkan tubuh ke sandaran kerusi berlapikkan span. Zahra tanpa disuruh, menyandarkan kepalanya ke dadaku. Hati ini terasa sejuk dan tenang sekali. Alangkah indahnya nikmat Tuhan, aku dapat bermesraan dengan wanita yang halal bagiku, sudah tentu ia akan dikira sebagai ibadah. Dalam sepi aku terfikir, inilah hikmah perkahwinan yang seringku baca dalam kitab-kitab dan hadith-hadith Nabi, sesungguhnya Allah telah membuka pintu-pintu kenikmatan yang membuahkan pahala.

Lama membisu dan melayan perasaan, tiba-tiba Zahra mengungkapkan tutur yang membelah kesunyian."Pernah suatu ketika dulu, sebelum Allah menyatukan kita. Waktu itu kita sama-sama menuntut di universiti. Zahra begitu kagum dengan seorang pemuda. Zahra rasa dia adalah lelaki paling mulia di dunia. Dialah pemuda sejati yang menempatkan ibadah dan dakwah di atas segalanya. Sungguh Zahra kagum dengan keperibadiannya. Kebijaksanaannya menyantuni orang-orang sekeliling membuatkan hati-hati yang menjadi dekat dengannya. Bicaranya ibarat zikir-zikir yang sering mengingatkan orang-orang sekeliling akan Allah. Tingkahnya membuatkan orang-orang merasa senang bahkan bisa tersentuh."

Aku cuma mendengar. Membiarkan Zahra meneruskan kalimah-kalimahnya.
"Zahra tidak pernah menyangka Zahra sudah jatuh hati pada pemuda itu. Sungguh Zahra tidak pernah menyangka perasaan itu dan Zahra pernah berkali-kali menafikannya. Namun Zahra tidak kuat menolak cinta yang hadir dalam diri. Zahra tewas dengan perasaan sendiri."

Kemudian Zahra terdiam. Dia memandangku dengan pandangan sayu.
Wajahku seakan berubah. Demi Allah, aku benar-benar cemburu kepada pemuda itu. Masakan dia bisa mencuri hati seorang wanita mulia. Seorang muslimah yang sangat aku sanjungi dan kagumi keperibadiannya. Malah, wanita ini sekarang telah menjadi permaisuri hidupku. Aku ingin sekali bertanya. Pelbagai persoalan muncul di fikiranku namun ku biarkan Zahra dengan bicaranya dan aku akan cuba dengar dengan saksama.

"Namun abang, Zahra masih kuat untuk mendidik nafsu sendiri. Zahra tidak tertewas dengan pujukan syaitan yang berkali-kali mengajak Zahra menerobos ke ruang maksiat. Zahra masih punya sifat malu yang menebal. Mustahil untuk Zahra menanggalkan pakaian mulia itu. Pakaian yang dinamakan malu. Maka dengan perasaan malu yang mendalam itulah Zahra bertahan membuang segala rasa yang mungkin mengganggu hari-hari Zahra. Zahra tidak mahu terjebak ke jurang cinta seusia itu kerana Zahra telah tekadkan dalam diri bahawa hidup saya semata-mata untuk menelaah ilmu dan menjunjung perintah Allah didalam al-Quran. Cinta sebelum bernikah adalah cinta semu yang tidak harus diagung-agungkan. Lalu Zahra pendamkan rasa cinta Zahra pada pemuda itu, kerana Zahra berkeyakinan bahawa jodoh adalah rahsia Allah yang tidak bisa disingkap oleh insan melainkan dengan kudrat-Nya."

Zahra berhenti berbicara seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Perkara ini seperti terlalu serius dan penting baginya. Aku menjadi risau dan soalan demi soalan kian menjengah ke dalam fikiranku.

"Zahra berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Bulat-bulat Zahra berserah kepada Allah perihal jodoh. Kerana Zahra yakin akan bicara Allah dalam kalam-Nya:"(lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia."
(Surah An-Nuur:26)"

Zahra memandangku lembut. Dia pasti dapat meneka riak air mukaku. Aku cemburu Ya Allah. Mengapa perlu isteriku ini bercerita perihal pemuda lain dihadapanku. Walaupun aku kini pemiliknya yang sah namun aku tidak dapat menghalang jiwaku daripada perasaan cemburu ini. Namun Zahra masih mahu menyambung kisah nya.
"Pemuda yang mulia untuk wanita yang mulia. Jadi, Zahra berdoa tidak henti-henti moga Zahra dipertemukan dengan pemuda itu jika Allah mengkehendaki."

Tanpaku sedari Zahra mencuri pandang kearahku. Dia kini seperti menangkap perasaan di hatiku yang sedari tadi membuak-buak rasa cemburu.
"Abang cemburu?" Soalnya lembut dan manja.

"Love is never without jealousy," jawabku perlahan. Zahra berterusan membisu dan memandangku seakan mengerti masih ada bait-bait kata yang ingin aku ucapkan kepadanya.
"Bertuahnya lelaki tu. Mesti dia seorang yang hebat kan? Yelah, seorang wanita secantik dan semulia Zahra pun memuji dan mencintainya. Siapa lelaki tu sayang? Abang kenal dia?" Aku menyoal Zahra bertubi-tubi namun nadaku masih lembut walaupun hatiku bergetar ingin tahu siapa lelaki yang isteriku cintai ini.

"Abang nak tahu siapa dia?" soalnya semula kepadaku. Eh, bukankah aku yang banyak bertanya soalan kepada dia tapi dia pula yang menyoalku kembali. Aku berasa sedikit geram dalam penantian.
Dia kemudian memegang tanganku dan diciumnya dengan penuh takzim. Lalu dengan sungguh-sungguh dia berkata.

"Abang, you are the man that i loved since the first time i met you in University. Zaid! Masya-Allah, now you've already be my husband, and i will give all my life to you, in the name of Allah." 

Hatiku gerimis. Basah dengan bicaranya yang penuh makna. Aku pandang wajahnya dalam-dalam sembari menikmati keindahan dan kecantikan wajahnya. Hatiku kini tenang. Sungguh benar sabda Nabi Muhammad SAW:

"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."
(Hadis riwayat Ibn Jabir)

"Sayang, wajahmu seindah bidadari di syurga. Abang sangat beruntung dan bangga kerana menikahi seorang isteri solehah seperti sayang" Lirihku lembut.
"Dan abang adalah lelaki terbaik yang pernah Zahra temui. Abang cinta pertama dan terakhir Zahra." Lirihnya kembali.

Perasaan kami, jiwa kami, hati kami, segalanya kini bersatu. Aku mencintai isteriku dan berjanji akan selamanya menjaga amanah Allah ini hingga ke syurga. Akan kami teruskan ibadah yang suci ini dan kami mengharapkan akan dikurniakan anak-anak yang soleh yang akan memakmurkan bumi Allah dengan kebenaran dan rahmat Islam kelak.

"Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."
(Surah Ar-Ruum: 21) 







 best kan best kan ? hee 


thanks :)

Thursday 13 September 2012

KENALI CIRI LELAKI HIDUNG BELANG

Asslamualaikum 



1. Peramah
Untuk pengetahuan kamu, salah satu ciri lelaki kasanova ini ialah mereka sentiasa menunjukkan bahawa diri mereka seorang yang peramah. Dengan sesiapa pun mereka akan bertegur sapa. Hatta bersama kamu pasti akan ada mana-mana perempuan yang akan ditegurnya di hadapan kamu. Bukannya apa, si dia ingin kamu tahu yang dirinya tidak akan berlaku curang di belakang kamu. Memang asalnya si dia seperti itu. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa si dia mahu kamu mempercayai dirinya. Walhal di belakang kamu sudah banyak stok yang dipasangnya.



2. Berjenama
Hurm, lelaki kasanova sangat mementingkan jenama terutamanya daripada aspek penampilan diri. Kalau boleh serba serbi mestilah mahal dan mampu menunjukkan ciri-ciri kekayaan. Nak memikat gadis bukanlah mudah, tambahan lagi di zaman moden ini. Kebanyakan daripada kamu sudah tentulah mempunyai kelulusan dan berpangkat. Oleh itu, mereka akan mencari ruang dan peluang untuk mendampingi kamu atau lebih tepat duit kamu. Secara tidak langsung kamu pasti akan terpikat malah menganggap mereka itu betul-betul menyayangi kamu. Jangan mudah tertipu!



3. Ambil Kesempatan
Huh! Agak melampau dan keterlaluan. Baru saja kenal dah berani nak sentuh-sentuh kamu terutamanya di bahagian sensitif. Taktik mereka ini memang sangat licik. Kalau boleh si dia mahu kamu hanyut dan pergi lebih jauh lagi dengan dirinya. Cara ini sebenarnya boleh menjerat kamu daripada meninggalkan si dia. Senanglah kehidupannya nanti bila kamu sudah berada di dalam genggamannya. Apa sahaja yang diminta pasti kamu akan menunaikannya. Maklumlah dah sayang, malah terlanjur pula jadi nak tak nak kamu terpaksa menurutinya. Awas!










8. Pinjaman
Itulah lelaki, memang lumrah hidup apabila kamu bertemu dengan individu yang salah. Pasti akan ada pelbagai masalah yang membebani kamu. Bayangkanlah, baru sebulan mengenalinya, si dia dah berani nak pinjam wang dengan kamu atas alasan duit gajinya masih belum masuk, kad bank rosak dan pelbagai lagi. Patutkah? Sedangkan kalian masih terlalu baru untuk mengenali antara satu sama lain. Sekiranya kamu boleh menimbang mana baik dan buruk, sudah tentu kamu sudah dapat mengagaknya kan ??



10. Identiti
Pernah tak kamu bertanya tentang ahli keluarganya, si dia seolah-olah mengelak dan menukar topik perbualan? Sekiranya ada, kamu sudah boleh menjauhkan diri daripada si dia. Bukan apa, takut-takut nanti kamu yang merana. Sebolehnya si dia tidak mahu kamu menyentuh dan bertanya tentang ahli keluarganya. Kalau terdesak sangat, si dia akan cuba memutar belitkan cerita agar kamu yakin bahawa si dia anak orang kaya. Kadang-kadang bila diajak bertemu ibu bapanya, pelbagai alasan yang diberikan. Takut kantoilah katakan, nanti habislah periuk nasinya.


JADI , BERHATI2 LA WAHAI WANITA :))

KERANA CINTA ... SANGGUP HILANG DARA

Asslamualaikum 



“Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!”…”I love u sooo much honey”… “aku tak boleh hidup tanpamu!”…”Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu”…”Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu”…”Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u”..
Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.
Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah’ tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.
Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk ‘topup’ credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. ‘U dah makan?”….”U ada kat mana?”…’I miss u sayang”…”U tak tidur lagi ke?…”U ada teman baru ke?”…itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.
Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu “pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni”?… Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan ‘mengandung anak haram’…petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe…
“Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey”..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. “No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”. Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P ). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. ‘Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.”..Si teman lelaki “……………….”. Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut “..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!.”..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. “Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si kawan. Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari.”…Betapa terkejutnya si kawan. “Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.” Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.
Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. “Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri”. Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.
Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.
“Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan.” (Fathir, 37)
Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Thursday 6 September 2012

HARGAILAH LELAKI

Assalamualaikum 



Lelaki bukan BANK,
Nak apa main ODER je . bila dapat terima kasih pun tak ucap



Lelaki bukan KASUT,
Yang awak suka2 je nak tukar setiap minggu 



Lelaki bukan TUNGGUL ,
Awak datang bila awak memerlukan , then awak tinggalkan dia 



Lelaki bukan MIKROFON ,
Yang awak suka arah-arah dia itu ini



Lelaki bukan HARIMAU ,
Garang pun , adakalanya dia manja bak kucing perlukan belaian 



Lelaki bukan CEWINGUM ,
Bila manis awk kunyah , bila hilang manis awk tuihh macam tu je



Dan lelaki itu bukan BADUT , 
Untuk hiburkan awk supaya awk ketawa sepanjang masa 




HARGAILAH INSAN BERNAMA LELAKI WAHAI KAUM HAWA :)



sharing is caring , tenkiu :))