Wednesday 31 October 2012

HURRY UP !!!!!!


Assalamualaikum 









Kepada yang belum join dan rasa nak join boleh email ai ye

Brand sophie paris ni memang da famous sekarang

tapi ramai yang belum tahu kan ? 

so tunggu apa lagi ? sapa2 yang nk tambah pendapatan 

boleh jadi ahli sophie paris ni .

hanya rm15 seumur hidup ! tak perlu nak renew lagi !



boleh terus email ai di 

noraida123@gmail.com


thank you 

PURE MARINE COLLAGEN


Assalamualaikum 


Mesti ramai yang dah tahu produk pure marine collagen ni kan ? Ada lagi
yang tak tahu ke ? Kalau ada yg belum tahu , pure marine collagen ni
ialah rumpai laut asli untuk kecantikkan dalaman dan luaran . 


Bukan setakat untuk cantik je , tapi banyak lagi khasiat kolagen ni . 
Memang bagus sangat sebab ai sendiri memang amalkan minum kolagen ni .


Pada yg tak tahu kolagen ni macam mana jom ai review ye 






ini contoh packaging dan selepas di rebus sampai menjadi air .








ini step by step untuk buat kolagen ni , boleh buat sendiri ye 








ini step untuk minum kolagen







ini khasiat kolagen untuk  yg belum tahu 




For those yang nak cuba dan nak beli korang boleh email ai atau boleh
LIKE pages ai dekat facebook dan boleh inbox terus .





Korang boleh LIKE pages ini yew =)



email ai di  noraida123@gmail.com





Thank you 















Thursday 25 October 2012

KELAHIRAN BARU


Assalamualaikum



Dalam sibuk menjual produk sophie paris , ai dapat jugak tubuhkan satu butik .

haa jangan terkejut , butik ONLINE je , tak mampu lagi nak buka

butik sendiri . hehe . mula-2 agak kelam kabut sebab tak sempat nak godek-2

pages sendiri dan sebab first time .

sebelum ni sibuk je tengok pages orang and beli dari orang lain

sekarang diri sendiri pulak yang menjual . Best sangat bukan sebab

boleh tambah pendapatan je , tapi boleh cari pengalaman :)

okey jom ai kongsi pages ai yew , sape2 yang ade facebook boleh LIKE 

















gambar profile pages , itu bukan ai ye . hehe

dari masa ke semasa pages sentiasa akan di update untuk barang baru 

so sapa2 yang berminat memang boleh sangat LIKE pages ai .


Dan nak promote sekali kalau ada sape2 yang nak join jadi member sophieparis

boleh jugak daftar bawah ai , hanya rm15 seumur hidup dan boleh 

tambahkan pendapatan korang =)


terima kasih 






Sunday 21 October 2012

Aku Terima Nikahnya


Assalamualaikum 



Aku terima nikahnya si polan binti si polan bla bla bla bla

haa , ni bukan cerita ai okey , tapi movie AKU TERIMA NIKAHNYA

ai ada cakap nak share movie kan ? so ini lah movie yang ai tengok last week 

daripada 5 stars ai bagi 4 stars je .










Aikkk kenapa 4stars je ai bagi ? mana hilang 1stars lagi ?

Actually movie ni memang best , sedih sangat 

dan kita yang perempuan mmg boleh rasa dan faham perasaan dia if reality pun

Dan ada jugak pasrt2 yang sama macam ai dengan mirul . hehe 

senyum sorang2 la tengok movie ni and yang xbest mirul ngantok tengok movie ni

hahah kesiannya . 


apa yang xbestnya , cerita ni tak banyak cakap and slow 

ada jugak part yang rasa tak sesuai untuk di tonton oleh budak2 kecik 

macam part dalam bilik . teeeetttt . sapa yg da tengok boleh faham :P












Ini ending masa suami dia da mula ingat semuanya 

jujur ai cakap , hanya perempuan yang kuat semangat je boleh hidup macam 

dalam movie ni , kalau tak kuat mungkin awal2 da minta cerai :P

tapi kalau kita betul2 sayang suami kita , tak kan lah kita nak tinggalkan rite ?


so kepada yang belum tengok lagi , korang cepat2 lah tengok and boleh 

share pendapat korang kat sini ye :)

thank you 





Saturday 20 October 2012

Again About Us


Assalamualaikum 


Wahh tajuk terasa macam gedik pulak nak BERabout2 lagi

well3 , dah lama rasanya tak ambil cuti untuk "dating"

eyh , company mane yg sediakan cuti untuk dating ye ?

jangan nak pelik sangat , macam korang tak pernah buat kan ? haha

kitorang ni duduk muar je , so kalau nak jalan pun setakat pergi melaka jela

yang terdekat and tempat yang menarik . 

muar tak ada ape ke ? owhh memang xde apa2 pun . hoho

tak tawu nak promote apa kat muar ni haa . 

Sampai2 je melaka kitorang g lepak pulak melaka dulu 

saje amek angin pagi dekat sana , menenangkan betul , dengan angin kuat lagi






tak ramai orang pun pagi2 :P







owhh dye mmg bz dgn tab . haha 




lepas 2 kitorang tengok wayang pulak , tengok movie apa ? 

akan di share dekat next entry ye :)

masuk dataran pahlawan untuk shoping siket 

dapat jugak yang di idam kan . hehe 

barang apakah ? tungguuuuu :P







gambar penutup haruslah gedik :P




Friday 19 October 2012

SESUATU YANG BARU !


Assalamualaikum 


Apa yang baru sangat ye dengan tajuk tuuu ??? 

actually ai baru je join jadi member SOPHIE PARIS MALAYSIA !

Sape yang belum tawu sophieparis 2 apa sebenarnya ?

kalau korang nak tawu , sophieparis ni menjual barang2 wanita dan lelaki 

macam handbag , jam , baju , mekap dan banyak lagi okey 

Ai pun nak promote jugak kat sini ! 

jom ai bagi tengok gambar :P



































kalau korang perasaan dekat facebook , ramai yang da jadi ahli sophieparis ni 

barang pun tak mahal and harge berpatutan sangat !

dan yang bestnya , produk ni ada 1month guraunty okey !

so apa tunggu lagi ? jom shopping dengan ai 

sebarang pertanyaan korang boleh add facebook ai 




atau korang boleh like pages ai jugakk :)



kalau tak nak add or like korang boleh je email ai yew

noraida123@gmail.com .

terima kasih :))








Tuesday 16 October 2012

Sanggup Hina ALLAH Kerana Teman Lelaki !


Assalamualaikum 



Astagfirullahalazim.. Seorang gadis yang dikatakan berumur 14 tahun seolah-0lah tiada 

pegangan agama apabila membalas komen dari rakannya. Gambar di atas ini jelas menunjukkan 

kepada kita betapa ceteknya ilmu agama remaja Islam sekarang. Sangat jauh lari dari landasan 

Islam yang telah ditetapkan oleh-Nya.   










Ramai orang yang bersetuju jika penulis mengatakan “cinta itu buta”, tetapi kita sebagai Umat 

Islam seharusnya ingat jangan sesekali kita buta hati kita kepada Allah kerana cinta kita kepada 

manusia. Sesungguhnya cinta paling agung adalah cinta kita kepada Allah dan Rasul. Cinta itu 

yang akan kekal abadi dan sebagai bekalan kita di hari akhirat.



Sunday 14 October 2012

Hukum Wanita Memakai Loceng Di Kaki


Assalamualaikum 







Korang pernah tengok kanak-2 kecil memakai loceng di kaki? Kebiasaanya wanita jika kita lihat, masyarakat melayu sering memakaikan anak perempuannya dengan loceng di kaki. Sebagai contoh bagi orang dewasa, lelaki atau perempuan hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja. Bukan terletak semata-mata ke atas loceng di kaki sahaja. 


Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.


Itu sebabnya memakai loceng kaki bagi wanita dihukum haramapabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)


Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.  Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.


Saturday 13 October 2012

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum 


Lama rasanya tak update blog , rasa rindu sangat even ai rasa baru 2 minggu 

Ai buzy sangat last week , penat sangat dengan keje yang banyak .

Hari rabu ai cuti . Tiba-2 pakcik call mak cakap mak cik da tenat .

Ya allah , hati dah tak tenang sebenarnya tengok mak menangis .

Ai tetap nak pergi tengok makcik jugak dekat melaka . 

Pukul 2 ptg ai gerak , sampai pukul 4 lebih . 

Sampai2 orang dah bacakan yasin , makcik dah tak boleh brgerak . 

Masa tu makcik bernyawa lagi , ai baru je duduk tengok pakcik

dah panggil-2 makcik tapi dah tak bersuara :(

Masa tu allah je tahu sedihnya perasaan ai sampai air mata jatuh pun xperasan

dengan tgok cousin ai dah melalak :(

Dalam pukul 4.20 petang , makcik ai meninggal dunia .

perginya makcik disambut dengan azan asar . Jenazah pulak di uruskan dekat rumah ai sendiri

Pertama kali dekat rumah ai uruskan jenazah , daripada dimandikan , 

dikafankan dan disembahyangkan . Pertama kali jugak ai tengok depan mata .

Ya allah , takutnya , nanti bila kita meninggal , orang yang mandikan kita ,

orang yang pakaikan baju kita :(

Even bukan mak sendiri tapi sebak sangat sebab makcik sendiri , 

ai pun rapat dengan anak dia , terasa sangat . 


ya allah ya tuhankan , aku berdoa supaya makcik ku di tempatkan di 
tempat orang2 yang beriman , soleh dan solehah . semoge rohnya 
dicucuri rahmat mu ya allah . amin ya robb .


di dunia ni semuanya pinjaman semata-mata , yang pasti ialah kematian .

semoga kita mati dalam kedaan yang beriman .

amin :)


Friday 5 October 2012

Petua Kurangkan Nafsu Makan


Assalamualaikum 


Mesti ramai yang nak tahu macam mana nak kurus 

kena makan suppliment apa ? pil apa ? 

hello korang tayah beli apa2 pun tak pe tapi amalkan diet sendiri

kadang2 makan ubat apa2 ni tak kurus2 jugak :D


okey now ai nak bagi tips , jom layannn 



1.  Minum air putih 8 10 gelas sehari.  Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menjadi peneybab nafsu makan meningkat secara mendadak.   


2. Makan dalam kuantiti kecil sebanyak 4 atau 5 kali sepanjang hari. Kaedah makan dengan cara ini dikatakan lebih baik dan dapatmencegah daripada rasa lapar berlebihan berbanding dengan makan dua atau tiga kali dalam kuantiti yang besar/banyak.


3. Jangan lewatkan waktu makan. Ia kebiasaannya akan menyebabkan seseorang makan secara berlebihan daripada sepatutnya bila tiba waktunya kelak.


4. Kurangkan jumlah makanan belemak dan mengandungi gula yang tinggi.


5. Tingkatkan jumlah serat di dalam menu makanan anda. Serat membantu membuatkan perut terasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.


6. Makan di rumah adalah dikatakan lebih baik kerana anda terhindar dari makan dengan banyak atau mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan.


korang boleh ikot cara ni untuk kawal nafsu makan korang yang membuak2 tu :P

ai tak la ikot sangat lagi2 part minum air tu , siang je rajin minum

malam dekat rumah malas minum air tapi

sebelum tido memang wajib minum air . hehe  





boleh ikot ni jugak yang diet tu :))

thanks baca 

PENCARIAN BLOGLIST MUSLIMIN & MUSLIMAT BY NURUL


Assalamualaikum 









jom join segmen yg disediakan di blog ni >>>


mana tawu nasib korang bertuah and ai sekali . hehe

berangan ! untuk muslimin dan muslimat yew

lelaki dan perempuan boleh join la maknanya kan ?

apa tunggu lagi ? jommm 



Siapa Tak Suka Di Lamar ?


Assalamualaikum 


Amboi tajuk beria kan ? act nak story sikit la even belum ada pengalaman

tapi nak sangat ada pengalaman ni , pengalaman apa ?

pengalaman dilamar oleh seseorang jejaka idaman hati , wahh boleh belah tak ayat ?

Ai godek punya godek dekat youtube tu , 

jumpa la video proposal , tapi luar negara la

malaysia kurang yang buat kejutan macam ni . bila tengok dorang 

di lamar , kita boleh rasa perasaan yg sama , happy , sebak

wahhh , tak sabarnya , hope ada jugak suprises nanti :P

gatal kan ? hehe . sekali sekala tak apa la , teringin wokey !

jom2 ai share dengan korang okey :)




KLIK PLAY 


jangan ada yg nangis pulak . hoho

best sangat2 siapa yang rasa benda ni , makkkkk nak kawinnnn !


:P



Tuesday 2 October 2012

Hukuman Bagi Mereka Yang Melakukan Zina Pada Zaman Dahulu


Assalamualaikum 



Hai3 semuanya , okey hari ni entry bergambar jeeeee .

lemah sangat arini tak tau la kenapa . sob2 :(

okey la tayah nak layan ai merapu ke apa , sekarang nak share gambar2 

yang mengerikan pada zaman dahulu ( owhh yg buat zina ye ) 






Ini bukan kerusi urut ye :P

jom tengok kegunaan dia pulak 

jangan terkejuttttt ..............




ohh myyyy , apa perasaan anda ye kalau duduk atas kerusi ni ?

dengan keadaan bogel pulak tu , ish2 . 








erghh apa pulak ni ?






ya allah , betapa sakitnya kalau kenakan 

tolong imagine sendiri ye :P




Okey ai tak nak tunjuk banyak2 sebab mengerikan sangat2 okey !

huh , macam mana la kalau alatan2 ini digunakan lagi zaman sekarang yang serba moden ni ?

mesti ramai yang takut nak buat zina kan ? tapi sekarang lagi makin teruk ada la

manusia sekarang makin berani dan terus berani sangattt . 

kita tengok pun dah takut , bayangkan kalau kena dekat diri sendiri ?

hurmmm , tak tau la nak gambarkan perasaan tu . 













Monday 1 October 2012

Berdakwah Dengan Orang Yang Tidak Pakai Tudung


Assalamualaikum 


Amboi tajuk panjangnya . hihi . Act ai nak kongsi berkenaan cabaran berdakwah dengan 

orang yang tidak pakai tudung , ohhh ye ini bukan pengalaman ai ye .

Tapi sekadar nak berkongsi sahaja . Bukan nak aib kan sesiapa :)







Erghh korang nampak tak nak baca ? macam kabur sikit kan . 

sory gambar tak memuaskan :(