Thursday 13 September 2012

KENALI CIRI LELAKI HIDUNG BELANG

Asslamualaikum 



1. Peramah
Untuk pengetahuan kamu, salah satu ciri lelaki kasanova ini ialah mereka sentiasa menunjukkan bahawa diri mereka seorang yang peramah. Dengan sesiapa pun mereka akan bertegur sapa. Hatta bersama kamu pasti akan ada mana-mana perempuan yang akan ditegurnya di hadapan kamu. Bukannya apa, si dia ingin kamu tahu yang dirinya tidak akan berlaku curang di belakang kamu. Memang asalnya si dia seperti itu. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa si dia mahu kamu mempercayai dirinya. Walhal di belakang kamu sudah banyak stok yang dipasangnya.



2. Berjenama
Hurm, lelaki kasanova sangat mementingkan jenama terutamanya daripada aspek penampilan diri. Kalau boleh serba serbi mestilah mahal dan mampu menunjukkan ciri-ciri kekayaan. Nak memikat gadis bukanlah mudah, tambahan lagi di zaman moden ini. Kebanyakan daripada kamu sudah tentulah mempunyai kelulusan dan berpangkat. Oleh itu, mereka akan mencari ruang dan peluang untuk mendampingi kamu atau lebih tepat duit kamu. Secara tidak langsung kamu pasti akan terpikat malah menganggap mereka itu betul-betul menyayangi kamu. Jangan mudah tertipu!



3. Ambil Kesempatan
Huh! Agak melampau dan keterlaluan. Baru saja kenal dah berani nak sentuh-sentuh kamu terutamanya di bahagian sensitif. Taktik mereka ini memang sangat licik. Kalau boleh si dia mahu kamu hanyut dan pergi lebih jauh lagi dengan dirinya. Cara ini sebenarnya boleh menjerat kamu daripada meninggalkan si dia. Senanglah kehidupannya nanti bila kamu sudah berada di dalam genggamannya. Apa sahaja yang diminta pasti kamu akan menunaikannya. Maklumlah dah sayang, malah terlanjur pula jadi nak tak nak kamu terpaksa menurutinya. Awas!










8. Pinjaman
Itulah lelaki, memang lumrah hidup apabila kamu bertemu dengan individu yang salah. Pasti akan ada pelbagai masalah yang membebani kamu. Bayangkanlah, baru sebulan mengenalinya, si dia dah berani nak pinjam wang dengan kamu atas alasan duit gajinya masih belum masuk, kad bank rosak dan pelbagai lagi. Patutkah? Sedangkan kalian masih terlalu baru untuk mengenali antara satu sama lain. Sekiranya kamu boleh menimbang mana baik dan buruk, sudah tentu kamu sudah dapat mengagaknya kan ??



10. Identiti
Pernah tak kamu bertanya tentang ahli keluarganya, si dia seolah-olah mengelak dan menukar topik perbualan? Sekiranya ada, kamu sudah boleh menjauhkan diri daripada si dia. Bukan apa, takut-takut nanti kamu yang merana. Sebolehnya si dia tidak mahu kamu menyentuh dan bertanya tentang ahli keluarganya. Kalau terdesak sangat, si dia akan cuba memutar belitkan cerita agar kamu yakin bahawa si dia anak orang kaya. Kadang-kadang bila diajak bertemu ibu bapanya, pelbagai alasan yang diberikan. Takut kantoilah katakan, nanti habislah periuk nasinya.


JADI , BERHATI2 LA WAHAI WANITA :))

No comments:

Post a Comment