Saturday 18 May 2013

Buka Mata , Buka Minda !


Assalamualaikum


Korang tahu tak sebenarnya banyak benda orang yahudi sembunyikan dari 
pengetahuan kita semua ? So dekat sini ai nak share 10 perkara penting
yang kita harus tahu and memang kena tambah ilmu bab-2 ni .




1. Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya .


2. Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.


3. Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.


4. McDonald di Israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita di sini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!


5. Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


7. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?


8. Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi .


9. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.


10. Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!



Thanks for reading !

Friday 10 May 2013

Text/Sms yg boleh buat GF korang senyum



                                                              Assalamualaikum ,



Tulis entry dari kiri macam nak buat surat pulak -,- . Wahai lelaki tolong paham awek korang mcm mane .
Seriously susah nak jumpa lelaki yg btul2 romantik and caring zaman sekarang . Sapa yg dapat untung sangat-2 , yg tak dapat korang terima jela ye . Jom tengok macam mana lelaki yg boleh buat boyfren =)






Let's say kalau pasangan korang dlm kesedihan n memag diorang tgah bersedih





Lelaki , kalau busy sgt pun jangan macam text awek macam ni 





Haa ini perempuan jeles okey !

perempuan cukup jeles kalau bf dia puji orang lain walaupun orang tu mmg dah original cantik !
nextt ...




GF anda tengah ecited gila , apa respon korang sbg lelaki ?




Let's say kalau nak end the conversation dengan gf ..



Lelaki please jangan buat awek korang terpinga-2 ye , kalau tak nak mesej cakap 
elok-2 , even tak romantik tapi biar soft spoken . Biar gf korang senang hati and rasa 
di hargai and di sayangi <3


Soo , korang punya boyfren macam mana ? Ai banyak yg dapat positive , cuma part neelofa tu
memang tak boleh nafikan . haha . erghhh jeles okey jeles ! 
kalau korang nak share story korang boleh share dlm ruang komen :)

thanks for reading !






Thursday 9 May 2013

Arhhgg Curang Rupanyaa !


Assalamualaikum 


Blurrpp , jangan terpedaya dengan tajuk tu , mihihhi 
Atas permintaan buah hati tersayang , dia nak tahu apa tu tips2 pasangan curang 
-,-

Ohh cik hubby , cik kasyah , sila baca terang2 ye 
Focus-2 baca sampai habis :P



1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!


2-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.


3-Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!


4-Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.


5-Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!



Haaa ni baru 5 tips ye , belom banyak lagi , ni yang penting2 je .
tak kisahlah la lelaki ke perempuan ke , sume tak suka kalau pasangan diorang curang.
kalau dah sayang , kena setia , jujur , even dah tak suka terus terang daripada
pendam sorang-2 , lama-2 boleh jadik dendam wooo -,- bahaya-2 !



"jangan sesekali syak wasangka kat pasangan sendiri sebab itu adlh doa"


Okey ayat ni buat aku terasa , bhaha 
Ampun maaf di pinta ye cik kasyah <3






Sunday 5 May 2013

2 YEARS 5 MONTHS


Assalamualaikum


Diam tak diam , hari berganti hari , bulan berganti bulan , tahun berganti
tahun , dah 2 tahun 5 bulan hubungan kami terjalin . wahh mcm dah lame je -,-
Dah rasa lama jugak kenal buah hati ni haha . poyo betul

Selalunya tiap bulan memang wish annivesary , tapi bulan ni rasa nak 
celebrate pulak , cuma lambat sikit dari tarikhnya .
Annivesary tiap 2haribulan , tapi sambut 4haribulan , okey lah kan ? hihi

Soo terus ajak cik hubby pegi secret resipe , tempat yg sesuai , yela
siap ada kek kan ? cuma tak letak lilin je , haha






Yeahhh ! im happy girll !!
muka dah kembang je , mana taknya asyik makan makan makan 
badan pun dah bambam balik , huwaaa :((







Owhh ini dia buah hati yg dah terlebih sayang ni <3
sangat-2 beruntung dapat dia . Kalau lelaki lain rasanya 
dah lari sebab perangai ai yg kuat naik hantu . haha
bayangkan lahhh ...







Okey gmbar ni lawak . sedut air sampai cengkung pipi , boleh ? 
saje buat muka pelik sikit , asyik muka control ayu je kan ? bhahaha








gambar penutup haruslah gmbar kek yg sedap ni plus2 muakkk
sebab penuh coklat sangat , grrrr 




for hby , thanks yayang sntiasa sabar dgan perangai sy , dah banyak
sangat susah senang lalui sama-2 and arap sangat apa
yang kita impikan selama ni semuanya tercapai .
amin ya robbal alamin <3