Thursday 9 May 2013

Arhhgg Curang Rupanyaa !


Assalamualaikum 


Blurrpp , jangan terpedaya dengan tajuk tu , mihihhi 
Atas permintaan buah hati tersayang , dia nak tahu apa tu tips2 pasangan curang 
-,-

Ohh cik hubby , cik kasyah , sila baca terang2 ye 
Focus-2 baca sampai habis :P



1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!


2-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.


3-Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!


4-Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.


5-Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!



Haaa ni baru 5 tips ye , belom banyak lagi , ni yang penting2 je .
tak kisahlah la lelaki ke perempuan ke , sume tak suka kalau pasangan diorang curang.
kalau dah sayang , kena setia , jujur , even dah tak suka terus terang daripada
pendam sorang-2 , lama-2 boleh jadik dendam wooo -,- bahaya-2 !



"jangan sesekali syak wasangka kat pasangan sendiri sebab itu adlh doa"


Okey ayat ni buat aku terasa , bhaha 
Ampun maaf di pinta ye cik kasyah <3






No comments:

Post a Comment